Cookie Pandan Gula Melaka 

serves
50 mins

Bahan-bahan

  • 200g tepung gandum (diayak)
  • 170gm mentega Anchor (Unsalted), dilembutkan
  • 30gm tepung jagung
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 telur, dalam suhu bilik 
  • 60gm gula melaka diparut / dipotong sehingga kepada ketulan halus
  • 1 sudu kecil pes pandan
  • 1/4 sudu kecil garam

Cara penyediaan

  1. Dalam satu mangkuk besar, krimkan/adunkan mentega dan gula melaka yang telah diparut dengan menggunakan pengadun elektrik sehingga ringan dan gebu.
  2. Masukkan telur dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, masukkan pes pandan. Pukul sehingga sebati.
  3. Seterusnya, masukkan semua bahan kering dan teruskan pukul sehingga sebati.
  4. Masukkan doh ke dalam beg piping dengan tip star saiz ‘1M’. Paipkan doh dalam bentuk cincin atas dulang pembakar. Jauhkan antara satu sama lain kerana ia akan mengembang ketika dibakar.
  5. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180˚C selama 8-10 minit atau sehingga tepinya bertukar coklat keperangan (bergantung pada suhu oven anda)
  6. Sejukkan di atas dulang pembakar selama 5 minit sebelum memindahkan ke rak cookie untuk sejuk sepenuhnya.